Melayu bangsa bodoh

January 4th, 2007 by ayam-rebel

sedikit sajak/puisi yg aku terima dari email.macam best lak.title melayu bodoh tu aku saja tambah.melayu mmg bodoh kalau taknak berubah.melayulah bangsa paling bodoh dalam dunia aku rasala sbb dia suka mengaku pandai pastu cakap org lain bodoh.pastu suka menjatuhkan org lain,pastu guna bomoh siam,pastu taknak ngaku salah,pastu blablabla..(the list keep on going).janganlah bangga menjadi bangsa melayu tetapi banggalah menjadi umat Islam.nway..inilah sajak/puisi itu

> Subject:  Di mana boleh cari ramai Melayu?>>> Di mana boleh cari ramai Melayu> Pastinya di Kelantan dan Terengganu> Dan juga di pasar malam dan pasar minggu> Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu> Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu> Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu> Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu> Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu> Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu> Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru> Terkinja-kinja best giler menari macam hantu>> Apa hobi orang Melayu> Terkenal dengan budaya malas dan lesu> Berlepak buang masa tak jemu-jemu> Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu> Tengok telenovela dari Filipina dan Peru> Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu> Sambil makan junk food, kuaci dan muruku> Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru> Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu> Mana tak gendut berpenyakit selalu> Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu> Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu>> Boleh tak jumpa mereka di kedai buku> Atau di perpustakaan dan majlis ilmu> Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu> Ada tapi kurang sangat mereka di situ> Kenapa melayu jadi begitu> Nak salahkan siapa ibubapa atau guru> Pemimpin negara atau raja dulu-dulu> Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu> Nak harap Kerajaan saja membantu> Terutama sekali kontraktor kelas satu> Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu> pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu> Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu>> Sampai bila kita nak tunggu> Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju> BOleh! dengan beberapa syarat tertentu> Pertama dengan banyak menguasai ilmu> Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku> AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu> tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

4 akibat yg bakal ditanggung umat Islam jika Lina Joy menang

September 3rd, 2006 by ayam-rebel

Taken from harakahdaily.net

KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara, Haji Mohamed Naser Disa merumuskan empat akibat boleh melanda umat Islam sekiranya kes Lina Joy berpihak kepadanya.

Pertamanya, orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati dan Mahkamah Syariah tidak boleh mengendalikan kes orang yang mengaku bukan lagi beragama Islam.

Kedua, membuka ruang isu berkaitan Islam akan ditentukan hakim mahkamah sivil yang bukan pakar dalam perundangan Islam, manakala pandangan ulama atau fatwa tidak lagi diperlukan.

Ketiga, membuka ruang Islam diamalkan mengikut kepercayaan dan pemahaman individu dan tidak boleh dikawal selia majlis agama. Dan keempat, pemahaman serta pengamalan agama untuk anak-anak dewasa yang berumur lebih 18 tahun tidak boleh lagi ditentukan oleh ibu bapa.

Isu keempat itu selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan yang boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang memeluk agama pilihannya dan mengamalkannya mengikut pilihannya.

Mohamed Naser membentangkan fakta tersebut dalam kertas kerjanya bertajuk Cabaran-cabaran Merealisasikan Islam dalam Perlembagaan Malaysia pada seminar Isu Murtad di Hotel Perdana semalam.

Turut membentang kertas kerja pada seminar anjuran Gabungan Profesional Kelantan (GPK) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), pensyarah perlembagaan dari UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob. Seminar separuh hari itu mendapat sambutan menggalakkan. Hadir sama Presiden GPK, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif Kias, Dr Johari Mat.

Sebelum ini isu Lina Joy hangat diperkatakan apabila dia memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengeluarkan butiran status agama Islam pada kad pengenalannya, namun telah ditolak Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Kemudian kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang turut mendapat sokongan Kumpulan Artikel 11 dan Majlis Peguam. Keputusannya belum lagi diumumkan sehingga sekarang.

Sehubungan itu Peguam Kanan Persekutuan terbabit menggariskan beberapa langkah ke arah memperkukuhkan lagi Islam antaranya memperbetulkan kefahaman semua pihak mengenai Islam agama Persekutuan dan bukan sekadar agama rasmi.

"Menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pemerintahan negara sama ada kerajaan, kehakiman atau perundangan akan kewajipan untuk melaksanakan ikrar kepada Yang Dipertuan Agong bagi mempertahankan Islam.

"Islam perlu dijadikan asas pertimbangan dalam penggubalan dasar-dasar, peraturan dan undang-undang negara. Penafsiran perlembagaaan dan undang-undang yang berkuatkuasa perlu dibuat berasaskan Islam dan bukan pemahaman barat," katanya.

Selain itu, menyedarkan semua pihak bahawa sebarang usaha untuk memperteguhkan kedudukan Islam di negara ini adalah dilaksanakan dalam perspektif perlembagaan bagi mempertahankan Islam.

Peguam-peguam Muslim juga disaran mempersiap diri dan mempertajamkan fikiran serta memantapkan hujah untuk menggalas tanggungjawab menghadapi golongan yang agresif berusaha untuk menghakis Islam.

Dr Abdul Aziz pula berkata, perlembagaan akan menjadi Islam atau lebih Islam jika umat Islam mengamalkan agama Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

"Masalah kita hari ini bukan kerana tidak ada peruntukan undang-undang. Ini cukup jelas dalam soal undang-undang pengawalan penyebaran agama lain kepada orang Islam sebagaimana yang dibolehkan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Beliau juga mencadangkan Kumpulan Artikel 11 sekiranya terus berdegil perlu dikenakan tindakan sebagaimana yang sepatutnya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar ketika merasmikan seminar tersebut berkata, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang syariah, namun Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan pula menyekat kuasa negeri.

Menurutnya, Perkara 75 menyatakan sekiranya undang-undang negeri berlawanan dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri terbatal setakat mana ia berlawanan.

"Peruntukan undang-undang itu menjadikan Islam seperti dagang di bumi sendiri. Perlembagaan Persekutuan telah berjaya menjadi benteng untuk menyekat kedaulatan syariat Islam.

"Pengalaman pahit kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Syariah II adalah sebagai bukti bahawa ia tidak mampu memecah benteng penyekat Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

nota kaki azali:apala puak2 kuffar ni,tak blaja sejarah tol.dulu org dah bagi dok Malaysia pon korang nak mintak macam2 lagi.nak kacau agama Islam ini yang suci murni.ingat agama korang bagus sangat kerrr nak hina2 agama org

lagu feveretku-UMNO bersatu!!!yuhuuu

June 30th, 2006 by ayam-rebel

I rasa inilah lagu i yg paling i meminati yg menigsahkan tentang organisasi yg telah lama ‘membela’ org melayu.enjoy the song

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan ‘Bini’
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Keji Dan Haprak
Bersatu Bersetia Khianat
Cogan Katanya
UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia

nak tgk videonya silala ke page frenster ku atau klik link di bawah

http://www.youtube.com/watch?v=KwDv3CwIm4s

polis lahanat

December 26th, 2005 by ayam-rebel

kisah ini berlaku pada itu hari masa aku tgh on the way balik dr kenduri kawen kat ulu langat.aku lalu jalan  yg ada satu lane je.jalan tu jam lak tuu sbb traffic light.aku pon bajet nak potong que ar dr belah kiri.tetiba aku rasa tak sampai hati lalu aku membelok ke kiri kat simpang betul2 kat traffic light tu.dalam masa aku belok tuu aku ternampakla ada 2 polis trafik kat depan tgh tahan org.fuh selamat aku belok!!apa yang membengangkan aku ialah polis tu buta kerrrrr!!!tak nampak ker jalan tgh2 jam tuu.tolong2 ar jaga trafik tuuu bg tak jam.sanggup dia tunggu kat depan tu nak saman org potong que dan sebagainya.orang bayar cukai sumer supaya diorang ni pandai la buat keje sebagai seorang polis budiman.bukan buat duit.polis ni bukan badan yang nak carik untung.tu tataula aku masa tu diorang amik rasuah ker tak.Wallahua’lam.tolongla jaga trafik tu.mangkok!!!kadang2 bukan org nak potong que sangat tapi silap lane (cam aku la) cuma nasib mereka yg mungkin terpotong que tu kurang bernasib baik cam aku lalu disaman oleh polis yg bengong itu.membazir duit rakyat jerrrr.dah banyak kali dah aku jumpa benda camni.cuma kali ni aku marah sikit sbb aku sipi nak kena saman.